Hurm..ana baru aje balik dari cuti-cuti Melaka. O.k je lah. Tak boring sangat.. Nasib baik lah kat sana tak banjir..Kitaorang cuti kat situ cuma 2h/1m je pun sebab esok nak beli buku tulis ana kat sekolah..Aiyahh..28hrbln nih result PMR keluar…Ana sebagai junior SMKBBST ‘05 just nak doakan kalian para senior agar memperolehi 9A(untuk pelajar2 yang ambil Bhs.Arab)/8A/7A..Mesti korang rasa berdebar-debar bila nak datang sekolah nanti.Alah, don’t worry, korang kan terer, bijak, gemilang, terbilang and sewaktu dengannya.
Sebenarnya ana rindu sangat pada sekolah ana…Kenapa? Kerana..
Di sekolah itu ana mula belajar mengerti erti hidup. Masa form 1 dulu, ana memang banyak main..Mentang2lah dok kat kelas Sains 1, perasan diri dah pandai..ahahah..Ana ingat lagi..di bulan Jan-Mac ‘05, ada di antara kalian yang diterima masuk SAM/SBP..Mula-mula Haziq pindah SiBP di Melaka..Kelas tingkatan 1 Sains 1 mula ‘aman’. Ana mula perasan kelas ana kurang ’serinya’,kurang meriah,kurang ceria,dan bermacam ‘kekurangan’ lagi. Masa Haziq ada, kelas kami..masya-Allah, boleh tahan kecoh, sudahlah dia ketua kelas, lepas itu entah bagaimana dengan ajaibnya dia dilantik jadi pengawas pelatih! Tapi..bila ada cikgu disiplin lalu, pelajar di tepi pintu kelas beri ’signal’ supaya keluarkan buku-buku, letak di atas meja, buat2 studi,diskusi..ala-ala pelajar skema gitu!
Sebelum itu, segelintir pelajar sains 1 ada yang pindah kelas. Mereka ambil kelas aliran Arab. Kami sering gelar mereka budak2 K.A.A (kelas aliran arab). Pelajar2 aliran sains memang jarang bergaul dengan bdk2 k.a.a sebab mereka..hurm..entahlah..ana pun kurang pasti bagai mana mauh terangkan. MayB sebab ramai antara mereka tinggal di hostel harian smkbbst, so, kitaorg yang digelar ‘budak luar’ (means yang tidak tinggal di asrama) oleh mereka (budak2 hostel) kiranya agak..kurang ‘persefahaman’. Ana tauh kebanyakannya baik2 belaka, tapi mungkin sebab kami (pelajar2 ting. 1 Sains 1) sering dianggap ’sombong’ oleh mereka walhal kami yang anggap mereka sombong kerana mereka nih asyik bergaul sesama mereka aja.Ana pun ada dengar cerita dari seorang kawan ana, ada pelajar hostel nih kutuk ‘budak2 luar’ itulah inilah.couple lah..dating lah..bila kat sekolah mereka pandang slek seolah2 merekalah yang benar and so on..Atau memang kebanyakan dari budak2 sains 1 nih memang kurang bergaul dengan pelajar lain?? Entahlah..malas ana nak pk.
Kemudian, di suatu hari..
” Aini, kau ada dapat tawaran?” kata Mira, sahabat karib ana sejak darjah 5 memulakan bicara.
“Tawaran apa?” tanya Aini bingung.
“Tawaran dari mana2 sbp…”
“Tak,” jawab Aini.
Ana yang dari tadi asyik bisu,diam seribu bahasa akhirnya menyampuk..
“Kenapa?? Kau..(dengan jantungku berdegup kencang, bagai dilanda ribut taufan)..(dan kemudian menyambung ayatku yang seterusnya) kau..ada dapat tawaran sbp ke??”
“A’ah..”
“Ya Allah..mengapa harus Engkau tarik sahabatku yang seorang ini pergi dari sisi aku? Setelah Faraheen menghilang (pindah mana entah..lost contact) masa darjah 6 tanpa memberitahu aku..kini..Mira pula..”rintihku ketika itu..mauh pengsan rasanya di kelas..
3.5.2005 – Pagi itu aku memang tidak bermaya. Sungguh! Doa demi doa ku pohon pada Allah agar Mira menolak tawaran sek itu..kami sahabat baik, umpama adik-beradik,tidak sanggup berjauhan,sering berkongsi rahsia,pada mulanya kami bertiga (ana,Mira,Fara)..oh Tuhan! 2 hari selepas dia beritahu perihal tawaran mrsm,Lenggong,Perak, puas aku pujuk agar dia tolak tawaran itu..tapi..kalau dia pergi..mungkin lagi baik baginya! Ah..aku tidak ngerti mengapa berat hatiku untuk lepaskan sahabatku! Masa rehat, dia datang, bersama ibunya (mak ti..). Ana memang seorang yang EGO untuk menangis. Yeah, crying is just not my thing.. Tapi, kelopak mataku sudah tidak terdaya untuk menampung permata yang jernih itu..
Akhirnya ana menangis jua..Tenang.Namun,tangisanku pada masa lalu hanyalah tangisan dalam diam.Mira jua begitu.Senyuman yang ku ukir amatlah pahit sekali. Ibu ti nya yang lihat turut terharu..Rakan-rakanku yang lain..ku lihat tidak begitu ketara berbanding diri ini.Mungkin kerana mereka tidak begitu mengenali Mira. Dia ambil gambar aku, secara solo, dan kemudian beramai-ramai.. Kemudian ada beberapa orang pengawas (senior) lalu-lalang di kelas, mereka bertugas, pada mulanya mereka mahu menyuruh kami keluar dari kelas dan pergi rehat. Tapi mereka matikan hajat setelah melihat ada antara kami berendam air mata.
Mungkin ada yang kata “so what if she’s gone?” tapi lain bagiku. Aku mula mengerti erti suka duka bila berkawan dengan Mira. Dia juga kawan tika senang dan susah.
Apa yang boleh buat? Dia pindah jua. Siapalah ana yang kerdil ini untuk menghalang? Alhamdulillah, ternyata Allah lebih mengetahui apa yang tersirat dalam tersurat di sebalik kisah ini. Ana makin matang dan berfikiran terbuka. Ana redha dengan suratan Allah s.w.t. ini. “Setiap pertemuan pasti ada perpisahan”
Masa Mira ada, ana dan beberapa rakan yang lain sering bersuka-ria..Bila ke bilik muzik, kami bernyanyi, sampaikan ada pelajar senior dari kelas 2 Saidina Umar (k.a.a.) menjeling. Tapi, kami bukannya keterlaluan sampai mengganggu para senior yang ana hormati.
Dan yang paling ana tidak dapat lupakan adalah masa kita sama2 ‘berperang’ dengan kelas yang betul2 berseberang dengan kelas kita dulu. Masa itu, kami berperang dengan beberapa pelajar lelaki 2 Saidina Umar. Mereka yang start dulu okay! Masa ana berborak dengan rakan2, ada sorang nih pandang, bila ana toleh ke kanan, dia pandang ke arah lain. Geram betul. Kawan2 ana pun ada yang kena usik dengan mereka. Ala..usik biasa jer pon. Mentang2lah masa itu kami masih mentah. ahahahah..Mereka lambai tangan. Masya-Allah, tak ada kerja, nak cari kerja..aduii..apa mauh jadi sama mereka ini..Last2 kawan ana yang sorang nih lambai balik.Bila diorang nampak, terus tutup tingkap,dah tak berani selak langsir lagi!! Apa lagi?? Kami berempat ketawa terbahak-bahak..Padan muka! Kihkihkih..tu lah, lain kali jangan cari pasal sama ana & rakan2..yang ana ceritakan baru sedikit..yang lain itu biarlah rahsia..hikhikhik..
Lagi 1, time kami habis periksa p’tghan tahun, mereka cari pasal lagi..ada ke patut sorang hamba itu pergi hulurkan tangan & tunjukan tangan penumbuknya yang tak lah besar mane ke arah kami..ei, sabar aje lah. ‘Perang tingkap’ juga lah kami time itu..ana malas nak layan sebab ana tengah menyapu kat dalam kelas..biarlah diorang handle mamat2 yang harap aje kelas aliran arab, bersongkok, bijak, tetapi..entah apa lah yang mereka mahu? buang tabiat agaknya! oppss..TERngumpat pula..hehehe..
Walau apa-apa pun, ana nak naik tidur dulu, esok nak pergi sekolah beli buku tulis..Lain hari ana akan type pasal kisah yang ana tak dapat lupa..
Buat para calon PMR ‘06, walaupun ada antara kalian yang ada tercari pasal sama ana, ana just nak ucapkan, semoga kalian success hari Khamis ini!!
-the perfect sky is tall.
-esh