Assalamualaikum..
Aha, baru hari ni esh mauh taip untuk tahun 2007..Ala kadar ajer sebenarnya..”Masa itu emas”, akan esh ingat pesanan dari kawan esh. Sekejap sungguh masa berlalu..Hari ini sudah pun 2 Januari 2007..Esok? Esh akan mula pergi ke sekolah semula..Tapi,esok bukanlah esh yang seperti 2 tahun yang lalu..Esok, esh akan melangkah ke tingkatan tiga..dan, insya-Allah, andai dipanjangkan umur, esh akan menduduki PMR di bulan 10 akan datang..Bukan setakat itu sahaja, esh mulai sedar yang esh tidak boleh bermain seperti di tingkatan satu dahulu.Tak mungkin, dan tidak akan esh jadi seperti dulu..Esh tetap dengan pendirian esh, esh akan berjuang habis-habisan untuk PMR, walaupun susah mana, kalau tidak usaha dan cuba, bagaimana esh dapat berjaya, betul tak? Ini baru 8 subjek..Belum tahap SPM lagi..
Masa 27 Disember 2006 yang lepas, esh ada sms seorang senior ni, Meer (f3 tahun ni dia f4). Meer ni salah seorang daripada pelajar yang ‘berperang tingkap’ dengan esh dan kawan-kawan masa f1 dulu..Tapi,sekarang sudah ok.Em..esh cuma wish meer good luck..semoga dapat semua A untuk keesokan harinya bila result keluar.Tapi esh tak bagi tau pula siapa yang sms dia..Meer balas dengan bertanya siapa, dan mana dapat no..Dia kata, dia tak suka la kalau tak tau siapa yang bagi msg ni..
Dalam hati esh, berkata “habis tuh kalau dia tau esh yang bagi msg tu, dia suka lah??” tanpa esh sedar, esh tersenyum..Pelik pula ayat dia..Ok la tu, lagi pun, esh cuma bagi tau dia yang esh ni junior smkbbst 0509..Itu saja..Lagi pun, memang patut dia tau siapa yang beri msg tu..
Esoknya (pukul 5.31pagi weyh…) baru esh balas, esh tak sedar pun hp esh habis bateri..Bila dah balas dan beritahu mana esh dapat no dia, meer balas sms esh,dalam pukul 2.03ptg. Huh..mujurlah dia tak marah sebab esh ambil no dia.Dia beritahu esh yang meer baru ajer blk dr ambil result..dia bz sgt,dia kata itu no ayah dia (walaupun esh dah lama tauh..).Esh pun satu, pergi off hp..Sedar2 dalam pukul 4 macam tu, dia call esh..Tapi esh dalam kereta, so terpaksa reject call dia.Lepas itu, dia call semula..Eheheh..Rupa-rupanya dia tunggu esh balas sms dia..
Esh tanya lah dia dapat berapa A..Kecian dia..dapat 4A aje pun..dia amik 9subjek..Ada 1 e (bhs arab),1c, yang lain,B..Ayat dia “trOk gler..” yang esh baca tu..esh faham dia agak kecewa dengan keputusan dia..Apatah lagi parents dia..? Esh ada tanya dia nak amik aliran apa tahun depan (tahun ini), dia kata dia nak amik sains tulen agama, tapi kalau tak dapat, dia amik sains tulen je la..Esh ada juga cakap, takutnya nak amik pmr,and esh cakap lah kalau math dapat teruk, confirm dapat syarahan 2h/1mlm..Dia balas lah, “…..pas tu,bg meer mt f3 sng gak la..don wori la..”
Ok..Insya-allah esh tak kan bimbang cuma akan bimbang sket je..
Moga2 tak lama lagi kami akan jadi rakan yang baik! Amin..Masa f1 dulu esh memang minat dia,f2 pun sama, sampai sekarang..Dia sporting..Baik, alim, pastu suka sengih macam kerang busuk!! eheheh..
Meer ni tua setahun dari esh..Dia ni pengawas sekolah..Aktif dalam dikir barat, kawad KPA, nasyid..dll..hurm…maybe itulah antara faktor2 dia tak dapat score all A..Cian meer..Cuba lagi dalam SPM tauh!!
azam aku kini..
-Esh mauhkan semua A dalam PMR, amin! (insya-allah..akan esh cuba sedaya upaya..dengan izin-Nya, esh pasti berjaya..)
-E + A + S= R (Effort + Attitude + Study = Result)
-Esh akan cuba maintain marks dlm exams..
-Jadi seorang pelajar, rakan, anak yang lebih baik..
-Biasakan diri bangun pukul 5pagi, then, lepas mandi,makan, study sampai pukul 6 something..sambil tunggu masuk solat Subuh
-Baca yaasin setiap hari, jika tiada halangan..
-wanna stay solo sampai…em..maybe sampai porm form five (insya-allah)..study gler-gler sampai dapat gred 1 (asalkan tak jadi gila yang sebenar,sudah!!)
-xderk nak couple2..pakwe2 nih..xmain lah..still young what, admire dia sorang cukup lah~!! Hehe.. Mungkin..esh dan dia (meer) dapat jadi sahabat karib (tak lebih dari tu..). =]
em..itu aje lah kot untuk kini..Nanti esh tambah tolak mana yang patut…Okay lah, sampai kat sini dulu blog esh..Esh akan (sudah pasti !!!) blog pada esok hari..Aha..nak citer semua pasal apa yang t’jd di sek..Esh agak, esh akan belajar di kelas 3 Science 1..Hurm..semua otak pandai2..nak bersaing pun shushah..huhu..tak per, i gotta try, and stop playin’..be even more mature than last year..eheh..poyonye !!
-learn how to love, respect and care for yourself first, before you start to love anyone else
-esh of 9.6.92