Basic
Nama saya ialah Esh. Saya berdiri dengan ketinggian 5 “3, berat badan di antara 43-45kg. Sudah menjadi hobi saya untuk melayari internet setiap kali berkesempatan. Sebelum ini saya sudah pun membina personal/blog site di url http://ice-expresso.limedaisy.com (sejak Mei 2005). Namun, disebabkan saya semakin sibuk dengan kehidupan, saya telah membiarkannya dead..just like that. Jika mahu diikutkan hati, memang saya mahu bina semula, tapi memandangkan pc saya sudah semakin berkurangan spacenya, tidak cukup untuk Photoshop 7 kesayangan saya ini, nampaknya, terbantut jugalah hajat untuk update website saya itu.
Lantas, di samping membina semula site content, saya membuat keputusan untuk mengisi masa terluang dengan berkongsi apa-apa saja yang saya rasa sesuai dengan ‘mood’ saya ni di sini. Lagi pun, selagi cuti sekolah masih ada, maka insya-Allah, site ini tidak akan dibiarkan dead begitu saja..
Personaliti
Saya ini seorang yang simple saja. Tidak banyak ’songeh’ lah bak kata rakan-rakan. Kalau dah nama pun hidup dalam alam remaja, sememangnya ‘tidak sah’ jikalau tidak diberi gelaran “kanak-kanak Ribena”!
Seorang yang boleh dikatakan peramah (bolehlah..), dan suka senyum. Yesshh, hampir setiap masa di sekolah, asyik senyum aje (masalah ‘angau’ lah kot!! eh, gurau aje..cintan-cintan nih tak mainlah,okay?), pada mak cik & pak cik tukang kebun sekolah itu pun ada tauh! (senyum itu juga sedekah…hehehe..). Except bila mood tak berapa elok/dll. Ye lah, mana ada orang senyum/hepi bila bad mood. Itu bermakna otaknya sudah mereng tauh!!
Sejarah hidup online ku…
…bermula kira-kira pada akhir tahun 2004, bila dah tamat UPSR, masa tu memang saya sudah anggap diri ni merdeka (kononnya, padahal…), hurm..then apa lagi, pergi dapur, siapkan maggi, makan depan komputer..Tengah2 chat di YM tu, adalah seorang hamba Allah bagi link (neopets) ni. Best jugalah, asyik main game aje masa itu. Buku? Huh, sudah jauh kutinggalkan di belakang sana..Pada masa yang sama, time itu jugalah saya mula mempelajari HTML/CSS (Hyper Text Markup Language/Cascading Style Sheet).
Tahun yang berikutnya pula, merupakan tahun pertama saya menjejakkan kaki di sekolah menengah. Result UPSR cemerlang, ada juga dapat tawaran ke sma (sek.men.agama), tapi saya tolak tawaran sek itu, dan ‘tercampak’ (cam pelik aja ayat itu? o.0) ke sekolah di kawasan perumahan saya. Pertengahan bulan Mei (seingat saya lah), saya apply di Limedaisy untuk dihostkan site saya itu.
Tuptap-tuptap…kini saya punya site berehat buat sementara waktu hingga -unknown- mm/dd/yyyy..
Mungkin di masa akan datang, saya akan memberitahu butir diri yang lebih lengkap..
Sekian, tima kashut kasih !